Program Khas Bersama OKU

15 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Isnin, 14 Julai 2019, telah diadakan satu Program Khas Bersama OKU yang telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Program Khas Bersama OKU ini telah di hadiri oleh seorang OKU sahaja. Tujuan Program Khas Bersama OKU ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan kefahaman kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) berkaitan dengan ICT dan juga Internet di dalam komuniti Perkampungan Felcra Sungai Ara.

Pada program kali ini, beliau telah diberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan penggunaan Microsoft Office Power Point dan juga silang kata Klik Dengan Bijak. Beliau di berikan penerangan berkaitan cara untuk menambah bentuk, menukar warna bentuk dan juga memasukkan teks pada bentuk. Selepas penerangan, beliau diberikan latihan bagi melihat tahap kefahaman dalam penggunaan Microsoft Office Power Point ini. Di akhir kelas ini, beliau berjaya menyiapkan latihan yang telah diberikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali